Laman Web baru PESIBAN

Salam Sejahtera..

Laman web Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) kini telah sempurna dimuat naik.

Laman ini masih dalam percubaan. Oleh yang demikian, pihak pentadbir laman sangat memerlukan komen dan maklum balas ahli-ahli serta pengunjung laman ini demi tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Kami akan cuba sedaya upaya untuk memaparkan berita-berita serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan Seni Budaya Kelantan di seluruh dunia terutamanya berkaitan dengan persembahan-persembahan seni budaya tradisional seperti Makyung, Wayang Kulit, Main Teri, Silat Kelantan, Dikir barat dan sebagainya.

Diharapkan segala maklumat dan informasi yang diterbitkan di sini akan menjadi sumber rujukan dan dapat dimanfaatkan oleh semua peringkat.

Insya Allah. Terima kasih.

Tags: , , , ,

2 Responses to “Laman Web baru PESIBAN”

  1. munkyG 20 December 2011 at 4:04 pm #

    Like facebook takde lagi.

    Banyakkan gambar2 aktiviti terbaru untuk tatapan orang ramai.

    • dianais 21 December 2011 at 8:35 am #

      terima kasih @munkyG. Foto aktiviti-aktiviti terbaru akan dimuat naik dalam sedikit masa.. selain itu, foto-foto arkib juga akan dimuat naik.. stay tuned.. :D

Leave a Reply