Pada 21 Disember 2011, Ahli-ahli PESIBAN telah diberikan peluang untuk membantu mengiringi pelajar-pelajar Jabatan Drama Universiti Malaya dalam membuat persembahan Makyung secara ringkas. Alhamdulillah dengan izin Allah, walau masa yang diperuntukkan untuk belajar dan membuat latihan tidaklah panjang. Ini berikutan jadual kerja dan perjalanan ahli-ahli PESIBAN serta pelajar-pelajar yang sangat padat.
Persembahan ringkas tersebut hanyalah sebagai satu tanda pengenalan terhadap teater tradisional Makyung. PESIBAN mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan ke atas semangat ingin tahu, komitmen dan kesabaran sepanjang tempoh pembelajaran ini. Tidak lupa juga kepada Pusat Kebudayaan Universiti Malaya yang memberikan peluang untuk membuat kolaborasi bersama PESIBAN sekurang-kurangnya, bolehlah kami memahat satu lagi ‘milestone’ dalam aktiviti kami di penghujung tahun 2011 ini. Kami mengharapkan peluang-peluang seperti ini akan sentiasa terbuka di masa akan datang.
Foto ihsan: mafaka.org
