LOGO

TAKRIFAN LOGO PESIBAN

Simbol Rumah/ Bangsal

  • Bererti ruang mengadakan aktiviti/persembahan/kegiatan berkaitan Seni Budaya Tradisional Kelantan.
  • Melambangkan gabungan pelbagai jenis persembahan Seni Budaya Tradisional Kelantan
  • Simbol dinding pertahanan atau benteng daripada pengaruh budaya asing.

Perkataan PESIBAN

  • Singkatan kepada Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan.
  • Perkataan PESIBAN sendiri bererti tempat berkumpul, bertukar fikiran/pendapat, beraktiviti mengadakan persembahan dan bermesyuarat.

Warna

  • Merah: Melambangkan keutuhan jiwa yang memperjuangkan kesenian dan kebudayaan.
  • Hitam:  Kenyataan, keyakinan dan ketegasan untuk memulihara kesenian tradisional.
  • Putih (Latar belakang): Melambangkan keluhuran dan ketulusan hati ahli-ahli PESIBAN dalam memperjuangkan  kesenian Tradisional Kelantan.